December 23, 2011

10 TEKNIK MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

Korang pernah meniru masa exam tak?Siapa yang tak pernah meniru masa exam?Aku pun pernah meniru.Mesti macam-macam cara korang buat nak dapatkan jawapan masa exam kan?Kadang-kadang kalau pikir balik cara-cara tu buat aku geli hati.Kaw-kaw mata ni jeling nak dapatkan jawapan dari kawan.Si tukang beri tiru pula buat-buat kertas jatuh sebab nak bagi kawan sebelah jawapan..Haha.Tapi entri kali ni aku bukan nak ajar korang meniru masa peperiksaan.Aku nak ajar cikgu-cikgu tangkap kaki meniru semasa peperiksaan.





ANTARA TEKNIK-TEKNIK MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN


#1:TENGOK KERTAS KAWAN SEBELAH

Cara ni memang selalu student guna.Buat-buatlah leher lenguh dan tension sebab fikir jawapan tak dapat-dapat.Sambil tu mata mula jeling seboleh-bolehnya kat kawan sebelah dan tengok kertas jawapan kawan sebelah.Teknik yang ni ramai student guna.Aku pun pernah guna juga dulu.Haha.

#2:TULIS NOTA PADA PEMADAM

Mula-mula ambil pemadam lepas tu guna pisau belah sikit kat badan pemadam.Kat tempat yang dibelah tu tulis nota yang penting.Lepas tu biarkan badan pemadam kembali seperti biasa.Bila exam bengkokkan badan pemadam kalau nak tengok nota yang ditulis.Dengan bangganya student macam ni meniru.

#3:PERGI TANDAS

"Cikgu..nak pergi tandas".Yang ni memang lepak gila kalau nak meniru.Padahal dalam tandas tu dah penuh dengan nota.Kalau dah kerap dan ramai sangat student pegi toilet apa kata cikgu sekat je la jangan bagi dieorang-dieorang ni pergi toilet.Jadi kejam sikit suruh je dieorang pegi toilet sebelum atau selepas peperiksaan.

#4:MENOLAK KERUSI ORANG DEPAN GUNA KAKI

Yang ni cikgu-cikgu kena tengok-tengok sikit siapa yang kaki menjalar dan nampak pelik.Terutama yang duduk bahagian belakang.Ada student yang tendang-tendang kerusi orang depan dia nak minta jawapan.Orang depan tu pn buat-buat angkat kertas tepi-tepi sikit nak bagi orang belakang tu meniru.Bila dia nak jawapan dia akan tolak-tolak kerusi orang depan guna kaki.

#5:MP3,MP4 atau sebagainya

Cikgu-cikgu kena jaga sikit pada yang bertudung khususnya.Student yang bijak meniru akan menggunakan MP3 dan sebagainya sebagai rakaman nota dan nota tu pun akan dieorang pasang di telinga dieorang ketika exam.Dengan hanya menyumbat earphone ketelinga tetapi wayar berjalur-jalur dalam baju,student macam ni akan meniru dengan muka yang relax ketika menjawab soalan.Tapi jangan relax sangat kalau pasang sound tahap paling kuat macam loudspeaker akhirnya kena koyak je kertas soalan tu..hihi

#6:GUNA TISU

Hanya guna tisu berharga 30sen,tetapi fungsi pada tisu tu menjadi 2in1.Student-student akan gunakan tisu konon-konon nak lap apa yang perlu masa peperiksaan.Pada masa tu lah akan pecah tembelang dieorang sebab pada tisu tu penuh dengan tulisan nota kecil-kecil yang dieorang buat sebagai teknik untuk meniru.Kreatif kan dieorang ni?

#7:TULIS DI MEJA

Nota dan formula memang popular akan ditulis di atas meja.Takut kena kantoi student akan cakap bukan dieorang yang tulis.Tapi kalau kantoi tulisan korang memang tak dapat la nak buat apa.Tunggu kena koyak kertas peperiksaan je.

#8:BAWA KERTAS LAIN

Masa peperiksaan pelajar akan bawa kertas lain yang mengandungi formula atau nota dan kertas itu pun diletakkan di bawah kertas jawapan.Disebabkan meja pun dah agak semak dengan kertas soalan dan kertas jawapan,cikgu-cikgu takkan perasan kehadiran kertas yang di bawah kertas jawapan tu.Student tu pun dengan selamba je muka dia jawab soalan.

#9:GUNA KUKU TANGAN

Ini pun student akan tulis maklumat kecil-kecil pada kuku guna pensel.Sebab pensel senang dipadamkan cepat-cepat kalau hampir kantoi dengan cikgu.Pada cikgu-cikgu apakata check dulu kuku dieorang sebelum peperiksaan sebagai alasan nak cek kuku panjang.

#10:GUNA PENSIL MEKANIKAL ATAU PEN

Buat nota kecil-kecil dan gulung-gulungkan lepas tu student akan letakkan gulungan kertas nota ke dalam pensil atau pen.Dan tutup semula pensil atau pen tersebut.Bila nak menggunakan nota tu student akan ambil semula kertas tersebut.Tapi kalau kerap sangat tengok pen tu akan kantoikan korang je.Tunggu time kena ketuk kepala dengan cikgu..hehe.


Apa-apa pun sebenarnya tak baik meniru masa peperiksaan.JUJUR!Walaupun aku pernah meniru kadang-kadang apa yang kita tiru tu tak semestinya betul.Contoh kalau kita tiru kawan tak semestinya jawapan kawan tu betul.Cikgu-cikgu pun dulu mesti pernah meniru kan?So,praktikkan je apa yang pernah korang buat masa sekolah dulu =)



#TAK BERTANGGUNGJAWAB PADA PELAJAR SEKOLAH DAN KOLEJ YANG MEMBACA#






6 comments:

  1. cuti minyak penggoda juga ;)
    haha

    ReplyDelete
  2. haha..
    APTB =,=
    aku tak pernah meniru time sekolah.
    mgkin sebab tu result aq cukop2 makan je.. ;p
    HAHAHAHARR.

    ReplyDelete
  3. stakat ni x pernah niru lagi . hahaha

    ReplyDelete
  4. Pakai tracing paper, untuk meniru

    ReplyDelete
  5. Pakai tracing paper, untuk meniru

    ReplyDelete
  6. Klau aku lngsung x brani nk mniru...

    ReplyDelete

KEMBALINYA AKU DI TAHUN 2024

Akhirnya setelah 13 tahun behenti memblogging aku kembali dengan status, wajah, umur, pengalaman yang bebeza dan baru. Kali ni banyak sanga...