December 27, 2011

THE REAL MEANING OF CARS NAME

Peep..!Peep..!Ponn..!Ponn..!!ZZzz...tu kereta berbunyiLAH..hehe.
Korang suka kereta apa?Apa kereta idaman korang?Kereta apa yang korang pakai sekarang?Harini ni aku story pasal kereta.Boleh dikatakan majoriti kalau nampak kereta kat mana-mana dah tentu tahu nama atau model kereta tu.Tapi tahukah korang makna sebenar dari nama sesebuah kereta tersebut?Kalau ada yang masih tak tahu hari ini aku nak beritahu makna sebenar kereta-kereta tu.CHECK2!ROCK2!Yeah!!




BMW:BRING ME WOMAN





LEXUS: LUXURY EXPORTS TO UNITED STATES





FIAT: FAILURE IN ITALIAN AUTOMOTIVE TECHNOLOGY





FORD: FOR ONLY ROMANTIC DRIVERS





HYUNDAI: HOPE YOU UNDERSTAND NOTHING'S DRIVABLE AND INEXPENSIVE






VOLVO: VERY OLD LOOKING VEHICULAR OBJECT






PORSCHE: PROOF OF RICH SPOILED CHILDREN HAVING EVERYTHING






KIA: KILLS IN ACCIDENT





OPEL: OLD PEOPLE ENJOYING LIFE





TOYOTA: THE ONE YOU ONLY TRUST ALWAYS





PROTON: POWER WINDOW ROSAK OOHH TOLONG!!OHH NO!!! ( haha..yang ni rekaan je..jangan marah arrr!)







December 23, 2011

10 TEKNIK MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

Korang pernah meniru masa exam tak?Siapa yang tak pernah meniru masa exam?Aku pun pernah meniru.Mesti macam-macam cara korang buat nak dapatkan jawapan masa exam kan?Kadang-kadang kalau pikir balik cara-cara tu buat aku geli hati.Kaw-kaw mata ni jeling nak dapatkan jawapan dari kawan.Si tukang beri tiru pula buat-buat kertas jatuh sebab nak bagi kawan sebelah jawapan..Haha.Tapi entri kali ni aku bukan nak ajar korang meniru masa peperiksaan.Aku nak ajar cikgu-cikgu tangkap kaki meniru semasa peperiksaan.





ANTARA TEKNIK-TEKNIK MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN


#1:TENGOK KERTAS KAWAN SEBELAH

Cara ni memang selalu student guna.Buat-buatlah leher lenguh dan tension sebab fikir jawapan tak dapat-dapat.Sambil tu mata mula jeling seboleh-bolehnya kat kawan sebelah dan tengok kertas jawapan kawan sebelah.Teknik yang ni ramai student guna.Aku pun pernah guna juga dulu.Haha.

#2:TULIS NOTA PADA PEMADAM

Mula-mula ambil pemadam lepas tu guna pisau belah sikit kat badan pemadam.Kat tempat yang dibelah tu tulis nota yang penting.Lepas tu biarkan badan pemadam kembali seperti biasa.Bila exam bengkokkan badan pemadam kalau nak tengok nota yang ditulis.Dengan bangganya student macam ni meniru.

#3:PERGI TANDAS

"Cikgu..nak pergi tandas".Yang ni memang lepak gila kalau nak meniru.Padahal dalam tandas tu dah penuh dengan nota.Kalau dah kerap dan ramai sangat student pegi toilet apa kata cikgu sekat je la jangan bagi dieorang-dieorang ni pergi toilet.Jadi kejam sikit suruh je dieorang pegi toilet sebelum atau selepas peperiksaan.

#4:MENOLAK KERUSI ORANG DEPAN GUNA KAKI

Yang ni cikgu-cikgu kena tengok-tengok sikit siapa yang kaki menjalar dan nampak pelik.Terutama yang duduk bahagian belakang.Ada student yang tendang-tendang kerusi orang depan dia nak minta jawapan.Orang depan tu pn buat-buat angkat kertas tepi-tepi sikit nak bagi orang belakang tu meniru.Bila dia nak jawapan dia akan tolak-tolak kerusi orang depan guna kaki.

#5:MP3,MP4 atau sebagainya

Cikgu-cikgu kena jaga sikit pada yang bertudung khususnya.Student yang bijak meniru akan menggunakan MP3 dan sebagainya sebagai rakaman nota dan nota tu pun akan dieorang pasang di telinga dieorang ketika exam.Dengan hanya menyumbat earphone ketelinga tetapi wayar berjalur-jalur dalam baju,student macam ni akan meniru dengan muka yang relax ketika menjawab soalan.Tapi jangan relax sangat kalau pasang sound tahap paling kuat macam loudspeaker akhirnya kena koyak je kertas soalan tu..hihi

#6:GUNA TISU

Hanya guna tisu berharga 30sen,tetapi fungsi pada tisu tu menjadi 2in1.Student-student akan gunakan tisu konon-konon nak lap apa yang perlu masa peperiksaan.Pada masa tu lah akan pecah tembelang dieorang sebab pada tisu tu penuh dengan tulisan nota kecil-kecil yang dieorang buat sebagai teknik untuk meniru.Kreatif kan dieorang ni?

#7:TULIS DI MEJA

Nota dan formula memang popular akan ditulis di atas meja.Takut kena kantoi student akan cakap bukan dieorang yang tulis.Tapi kalau kantoi tulisan korang memang tak dapat la nak buat apa.Tunggu kena koyak kertas peperiksaan je.

#8:BAWA KERTAS LAIN

Masa peperiksaan pelajar akan bawa kertas lain yang mengandungi formula atau nota dan kertas itu pun diletakkan di bawah kertas jawapan.Disebabkan meja pun dah agak semak dengan kertas soalan dan kertas jawapan,cikgu-cikgu takkan perasan kehadiran kertas yang di bawah kertas jawapan tu.Student tu pun dengan selamba je muka dia jawab soalan.

#9:GUNA KUKU TANGAN

Ini pun student akan tulis maklumat kecil-kecil pada kuku guna pensel.Sebab pensel senang dipadamkan cepat-cepat kalau hampir kantoi dengan cikgu.Pada cikgu-cikgu apakata check dulu kuku dieorang sebelum peperiksaan sebagai alasan nak cek kuku panjang.

#10:GUNA PENSIL MEKANIKAL ATAU PEN

Buat nota kecil-kecil dan gulung-gulungkan lepas tu student akan letakkan gulungan kertas nota ke dalam pensil atau pen.Dan tutup semula pensil atau pen tersebut.Bila nak menggunakan nota tu student akan ambil semula kertas tersebut.Tapi kalau kerap sangat tengok pen tu akan kantoikan korang je.Tunggu time kena ketuk kepala dengan cikgu..hehe.


Apa-apa pun sebenarnya tak baik meniru masa peperiksaan.JUJUR!Walaupun aku pernah meniru kadang-kadang apa yang kita tiru tu tak semestinya betul.Contoh kalau kita tiru kawan tak semestinya jawapan kawan tu betul.Cikgu-cikgu pun dulu mesti pernah meniru kan?So,praktikkan je apa yang pernah korang buat masa sekolah dulu =)



#TAK BERTANGGUNGJAWAB PADA PELAJAR SEKOLAH DAN KOLEJ YANG MEMBACA#






December 21, 2011

TEORI LAPUK TANDA-TANDA PEREMPUAN MASIH DARA ATAUPUN TIDAK


Perempuan tak ada dara lelaki akan kisah. Ada juga yang dengar-dengar lelaki tak kisah.Macam mana orang zaman sekarang tengok perempuan masih dara atau tidak?Kadang-kadang aku pelik dan tefikir-fikir sahih dan logik ke teori dara tu yang orang zaman sekarang guna?.So hari ni aku nak buka topik pasal dara.18SX!Ini teori yang aku rasa tak logik :




1)Tumit kaki kemerah-kemerahan


Haiyaa...yang ni aku selalu dengar kawan-kawan aku cakap nak tengok perempuan masih ada dara ke tak tengok tang tumit dia.Kalau merah masih berdara.So kalau putih je kira tak ada dara laa?Tapi kalau yang hitam macam mana pulak?Haha..tak logik betul.Setahu aku tumit merah ke tak itu kaitan pressure darah kat kaki ke tumit korang.Tak percaya try tekan tumit kat lantai tengok merah ke tak tumit korang.


2)Bontot jatuh




Lelaki kalau nak tengok perempuan berdara ke tak tengok la bila perempuan pakai seluar ketat.Contoh bila perempuan tu berjalan-berjalan kat Mall pakai seluar jeans dieorang akan tengok gaya perempuan tu jalan dengan keadaan bontot perempuan tu.Kalau bontot perempuan tu jatuh maknanya perempuan tu tak ada dara lagi.Kalau bontot heiii mantap gila lelaki akan cakap "Dara lagi awek ni".Bukan lelaki je berpendapat macam tu.Majoriti kawan-kawan perempuan aku pun bagi pendapat yang sama.Heii..kesian la kat kaum kerabat perempuan yang berbontot leper.


3)Nipple berwarna pink-pink gitu


Entah aku pun tak tahu mana datang pendapat mengatakan "Perempuan Yang Masih Berdara Mempunyai Nipple Berwarna Pink".Pendapat ni aku dah lama tahu since zaman aku sekolah lagi.Tapi yang lawaknya mana ada perempuan Asia ada nipple warna pink. Rambut yang asal warna hitam pun dieorang kalerkan macam-macam warna.LOL!Lelaki lelaki yang layan macam2 web( tak nak list down web )je yang guna teori tak ada kaitan ni.


4)Selaput dara pecah




Yang ni memang public issue.Tapi bagi aku teori ni 50-50 aku nak percaya.Bagi aku macam mana pulak kalau perempuan tu selaput dara dia pecah sebab aktiviti lasak?Tak ke niaya dieorang tu kalau teori ni ditujukan pada dieorang?Then korang boleh pikir tak macam mana dengan perempuan yang tak berdara tapi selaput dara tak pecah?


Setakat ni 4 teori ni je yang aku selalu dengar sana sini.Untuk kaum lelaki pandai-pandailah korang lihat dan pikir sejenak logik atau tak teori ni.Kalau korang dah sayangkan perempuan tu TERIMA LAH DIA SEADANYA =D Untuk perempuan-perempuan kat luar sana yang ada dalam salah satu list atau kesemuanya jangan rasa down dan fikir korang takde dara sebab teori lapuk tu.Bagi aku teori lapuk tu tak boleh pakai.Bagi aku yang berada dalam aliran medical teori dara yang aku belajar masa zaman study dulu memang lain.Apa pun kalau korang sendiri nak tahu teori yang sebenarnya korang pegi lah buat SEX.OOoopss..tapi NIKAH dulu!Bukan kahwin!Bye!

wordless WEDNESDAY # 2




December 19, 2011

Latest Drama Korea (Utk Peminat Drama Korea Aje)


Haallooo =D Kepada Peminat-Peminat Drama Korea hari ini aku nak share kan serba sedikit cerita terbaru yang baru publish kat Malaysia. Kalau cerita tak menarik aku takkan kongsikan kat korang..Ahaks. Bagi aku cerita ni menarik so aku nak syorkan korang supaya tonton cerita ni.

Kalau korang masih ingat drama " You Are Beautiful " lakonan Park Shin Hye (watak Go Mi Nam) dan band AN.JELL mesti korang teringatkan 3 lelaki handsome yang berebut kan Go Mi Nam. Paling kesian kat Shin Woo Hyung (Jung Young Hwa)yang dari awal lagi admire kat Go Mi Nam ( Park Shin Hye) tapi akhirnya dapat di tangan Hyung Nim (Jang Geun Suk)



Mungkin ramai yang nakkan ending cerita ni Park Shin Hye bercinta dengan Jung Young Hwa maka Director drama ni pun cipta satu lagi Drama korea yang bertajuk "Heartstrings" khusus untuk peminat-peminat dieorang yang frust dieorang tak bercinta dalam drama "You Are Beautiful" . So sekarang ni aku nak promote kat korang drama "Heartstrings" yang sweets ni. Jeng...jeng...Jeng =)



SINOPSIS


Lee Shin adalah seorang pelajar universiti dalam jurusan muzik moden.Beliau juga vokalis dan pemain gitar band "The Stupid." Shin dikenali kerana kelihatan baik dan semangat yang kuat untuk muzik, tetapi pada hakikatnya dia adalah dingin, tidak mempunyai kepentingan dalam apa-apa jua yang tidak berkaitan muzik dan tidak mempunyai impian serta rancangan untuk masa akan datang. Beliau pada mulanya suka Soo Yoon Jung, seorang profesor tarian di universiti, tetapi ini perubahan semua apabila dia bertemu Lee Kyu Won.

Lee Kyu Won adalah seorang pelajar yang dilahirkan di dalam keluarga yang ternama dan dalam alat muzik tradisional Korea, terutamanya Gayageum. Datuk Kyu Won, Lee Dong Gun, adalah salah satu daripada 3 pemuzik atas tradisional umur dan hasrat beliau yang paling besar adalah untuk melihat cucunya menjadi orang yg berbakat muzik tradisional. Cuba untuk meneruskan harapan datuknya, Kyu Won mengambil latihan muzik dan menjadi seorang pelajar universiti yang tahu apa-apa tentang luar dari pelajaran. Sebagai sahabat kepada rakan-rakannya yang merupakan peminat fanatik kepada band "The Stupid", beliau terpaksa pergi ke konsert band "The Stupid" dengan rakan-rakannya. Di sana dia mula berjumpa Lee Shin yang bermain muzik dan seterusnya mula jatuh cinta pada Lee Shin walaupun pada awalnya mereka adalah musuh di universiti atas sebab salah faham antara mereka.




Tajuk: Falling in Love / Heartstrings
Genre: Romance dan Music
Episode: 15 + 1 Special
Tarikh dikeluarkan : 29 Jun 2011


Pelakon


Jung Yong Hwa sebagai Lee Shin
Park Shin Hye sebagai Lee Kyu Won
Song Chang Ui sebagai Kim Suk Hyun
Jadi Yi Hyun sebagai Jung Yoon Soo
Woo Ri sebagai Han Hee Joo
Kang Min Hyuk sebagai Yeo Joon
Lee Hyun Jin sebagai Hyun Ki Young
Im Se Mi sebagai Cha Bo Woon



Tak maw beli dvd drama ni pun tak pe. Korang boleh tengok kat WWW.MYSOJU.COM/heartstrings.Okaysss....Selamat Menonton!!!! =D

KEMBALINYA AKU DI TAHUN 2024

Akhirnya setelah 13 tahun behenti memblogging aku kembali dengan status, wajah, umur, pengalaman yang bebeza dan baru. Kali ni banyak sanga...